Blog Ini Juga Boleh Di Layari Di HTTP://BLOG.THINKER.MY. Browser OPERA adalah digalakkan!?
Aug 08
Digg
Stumbleupon
Technorati
Delicious

Orang Malaysia Bertaraf Internasi-Onar Dalam Crush

[Awas: Gambar Yang Hawt & Bacaan Untuk Fikiran Matang, Kerana Penulisan Beranjak Ke Arah Global. Saya Sudah Beri Kenyataan Beramaran!]

Tahukah tuan puan, bahawa rakyat Malaysia mempunyai kerakyatan antarabangsa secara automatik? Aik tak tahu. Ye ke? Ke rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia? Mana tuan puan chk informasi nie. Imegresen, kastam atau pusat tarbiyah abuya? Nampaknya tuan puan tidak mengikut trend semasa dalam memartabatkan minda. Cewaaah. Ayat sedap je. Tak lama lagi nampak la, walau benda ini berterusan secara berkala dari dahulu sampai sekarang. Sebabnya, rakyat malaysia akan mengaku diri mereka dari Manchester United, Real Madrid, Chelsea, Bayern Munich dan bla4x. Tak percaya? Tunggu la, tak lama lagi… Masa akan menentukan yang bahawa tiada seorang pun berdarah tempatan mahupun berdarah robert mugabe baik lelaki mahupun perempuan hawt.

Hari ini nak bercerita tentang topik crash yang menjerumus kepada crush. Tuan puan, jika kehidupan anda normal, tentulah fenomena fenomena azali ini akan anda tempuhi baik secara sengaja mahupun tidak sengaja.  Fenomena crash dan crush umpama kejadian hit and run. Mana ada nye teori mengarut sebegitu. Kalau hit and run tue, maksud nye awek tue kena tinggal lepas kena HImpiT. Oppps. Pergaulan saya dengan kawan kawan social membolehkan saya tahu yang mereka sedang bercrush. Bukan apa. Orang yang bercrush nie mudah dikesan perwatakan nya. Selalunya, kalau bercakap ditelefon, saya boleh perhatikan pelakon pelakon baru mula muncul. Kejap ketawa cam orang gler, kejap bercucuran air mata, kejap berderai hset kena baling, kejap muka sedey kredit tade, kejap buat muka tak malu pow duit member dan bermacam macam ekspresi muka dan ekspresi bentuk tubuh yang dapat dicerap. Yang pastinya, kehidupan bercrush mereka akan banyak menggangu kehidupan emosi kawan kawan mereka. Orang bercrush ini ibarat bayi, time mereka hepi oke la. Time mereka tak hepi kita la yang dicari. Bayikan macam itu. Time takde ape ape, ske je mereka main main dan cakap bersendiri. Ade problemz, susu ibu jugak dicari. Hoho. Maksudnya, sesi luahan perasaan mesti berlaku lah kat saya. Kerana saya memang seorang pendengar yang baik dan bukan pembocor rahsia yang tegar.

Tapi banyak orang banyak ragam tuan puan. Contoh diatas adalah crush yang normal antara insan bernama lelaki dan wanita. Kalau crush yang tak normal semacam kejadian liwat meliwat. Itu satu yang tidak normal. Itu hamba setan namanya. Kalau yang tua kita panggil pakcik setan dan kalau yang muda kita panggil anak setan. Ibarat seks, liwat ini sesuatu yang menyeronokkan kepada penggemar penggemar tubuh lelaki ini. Yeap, tak payah la cakap mamat ini 6 kaki nape tidak diterajang je orang tua itu. Kalau dah kena tabuh, perasaan HI tue akan timbul. Tak percaya? Tuan puan tengok la koleksi 3gp tuan puan. Ape yang berlaku bila perempuan yang menolak pada kali pertama akhirnya melompat keriangan pada kemuncaknya, tetapi selepas itu berderai air mata dan lantas membuat police report. Begitulah kronologi mudahnya. Jadi suka saya amek pemikiran dalam perspektif berbeza, dalam penulisan blog… Tak payah la tuan puan nak tulis sapa salah, sapa btol kerana tuan puan tidak tahu. Kalau yang tuan puan tahu pun hanyalah membuat fitnah yang mengikut ape yang saya baca adalah baik tuan puan pergi kill kill kill die die die sahaja.

Itu hanyalah selingan sahaja. Ada juga manusia yang crush pada jawatan. Inilah yang berlaku dalam politik Malaysia hari ini. Jika tuan puan melihat kepada fenomena yang berlaku sekarang, mendapat kuasa politik seumpama mendapat kuasa yang melebihi kuasa tuhan. Kenapa harus gila kuasa??? Apa yang saya perhatikan, makhluk itu ingin terus berkuasa, makhluk ini ingin cuba berkuasa, makhluk itu ingin taat pada kuasa, makhluk ini cakap ingin berkuasa tapi alih nye balls pun tade. Sebenarnya, dalam tadbir urus negara yang baik, kita tidak perlu pemimpin yang kotor baik dari kerajaan atau pun pembangkang. Seseorang yang mempunyai track rekod yang tidak baik kita patut tolak atau ketepikan dahulu. Banyak lagi manusia berkaliber yang mempunyai akal panjang di Malaysia ini. Apa yang saya perhatikan, bila mana satu makhluk telah keluar dari satu parti dan pergi kepada parti yang lain, beliau dijulang. WTF!!! Tuan puan tidak berfikirkah bahawa orang orang sebegini telah diasuh oleh sesuatu system dalam masa yang lama. Tidak mungkin akan berlaku perubahan dalam sikap mereka, melain mereka benar tunduk dan insaf akan kekuasaan tuhan dan menyelami Islam sebaik baiknya. Mungkin perubahan mereka lebih teruk dan mungkin juga lebih baik. Saya tidak tahu. Tapi saya menentang seseorang yang mempunyai track rekod yang buruk. Bukan saya menolak sepenuhnya, tapi saya tidak suka beliau menjadi pemimpin. Ibarat seorang penagih dadah, yang hendak menjadi hero. Memang tidak salah. Tapi persepsi rakyat tetap sama. Bagaimana mengatasi? Lontaran ide bernas diperlukan. Tidak perlu jadi hero. Tapi bermesyuwarah lah dalam ape hal! dan persepsi rakyat akan pudar dengan kadar yang pantas.

Tapi terus terang saya katakan, crush saya pada lenglui, gadget dan sesuatu yang bombastic. Kepada tuan puan yang ingin memenuhi hasrat crush saya, bulan september bakal menjelma. Yeah. Bday saya sudah tidak lama. Tolong hidangkan saya menu yang terlazat dalam hidup saya agar saya jatuh cinta dan mencintai anda. Maka dengan ini perkataan crush sebenarnya tidak sesuai dalam teks ini melainkan saya suka suka sahaja menggunakannya. Biasalah, rakyat Malaysia suka buat ONAR dalam ape hal. Tak percaya? Tengok la sekeliling. Dengan itu, saya taip noktah.


Author: Budak Merah

1 Comment(s)

stu_comot MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 7.0
August 8, 2008

urm..bbest, menarik…tp susah sket nk difahami oleh org2 lurus..hm..terpakse mintak tlg kwn interpret..nice n3 niway.. :idea:

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: