[Nak Bercinta Mudah, Nak Cari Kerja Tue Susah]
*body makin ringan, mata makin berat. uhh ohhh bulan puasa.
*ku lihat byk rimau dan badak menguap tak tutup mulut, macam nak telan dugong!

Artikel nie penah saya tulis dahulu, dua jam sebelum publish… Belog barai (rujuk kes terdahulu). Nak ingat ape yang ditulis susah jugak, maklumlah saya jenis yang ske tulis secara spontan dan tak akan ingat ape yang dah ditulis selepas itu. Ibarat permainan sms self-destruction tue, baca dan hangus ditambah lagi aktiviti membekap jarang dilakukan… Tapi yang saya tahu, saya tulis hasil daripada keywords “macam mana hendak mendapat pakwe” dari feedjit. Mula mula saya baca tentang keyword tuh, saya ketawa je. Yerla, dunia internet tanpa batasan… takkan ada lagi yang takde pakwe/makwe kot. Tapi bila membaca kolum kolum di dalam akhbar mingguan dan tabloid yang membincang untung nasib dalam perhubungan sejenis, mungkin jugak. Pokok pangkalnya dalam perhubungan adalah komitmen tuan puan untuk berkorban dalam erti kata mudah, membuang segala keselesaan hidup tuan puan pada hari ini untuk menjalani fasa baru dalam perhubungan membabitkan minima dua hati (kalau saya mestilah membabitkan 13 hati perempuan +1 hati murni saya). Saya pun tak reti nak cakap benda ini sangat, sebab lain padang lain belalang, lain belalai lain orangnya. Ingat jangan fikir blue, nanti pose anda slim pulak. Heheh. Maksud saya, manusia punya pelbagai cara masing masing dalam mengejar destini. Tetapi yang menjadi masalah adalah, bagaimana hendak memicu suatu permasalahan itu dan bagaimana cara untuk mengatasinya jika kita gagal. Saya ada rumus yang akan dibentang pada akhir artikel nanti. Dalam mencari jodoh, terdapat tiga kategori utama hasil daripada pemerhatian mata rambang saya. Pertama adalah ketika belajar, kedua adalah ketika bekerja dan ketiga adalah ketika tahap purba.
Hendak mencari jodoh adalah tidak bersamaan dengan hendak bercinta. Sesiapa pun boleh bercinta, terutamanya bercinta dengan monyet… tetapi untuk mendapat jodoh, masing masing tidak tahu. Kalaulah tulang rusuk berada diluar, tentulah masing masing tahu siapa pasangannya. Jadi konsep paling mudah adalah bercinta dahulu dan jangan takut untuk memperjudi nasib walau hati nanti akan meraung. Jika tuan puan seorang yang genius, sasaran tuan puan adalah memasuki IPT yang mana tuan puan akan berada dalam kategori pertama. Disini tuan puan akan memperjudi satu nasib tetapi dua cabang, menjadi seorang yang berjaya dalam hidup dan juga seorang yang berjaya dalam perhubungan. Bagi yang lemah lutut, fokus kepada pelajaran sahaja tetapi yang mempunyai tenaga henjutan berlebihan… Cari lah ilmu dan juga pasangan. Tempat menuntut ilmu merupakan medan mencari jodoh yang paling baik dan luas kerana tuan puan akan berjumpa dan dapat menilai seribu satu manusia mahupun manusia bertopengkan evil. Try la untuk melepak dalam satu komuniti, mesti ada hati yang terpaut. Maka istilah kertu dan andartu dapat dihapuskan secara total jika tuan puan bijak menyelesaikan permasalahan pada peringkat ini. Tapi jangan risau, jika tuan puan gagal dalam peringkat pertama tuan puan punya talian hayat peringkat kedua. Peringkat kedua adalah peringkat bila mana tuan puan bekerja. Ruang lingkup untuk tuan puan mencari jodoh adalah semakin mengecil tetapi pandangan tuan adalah semakin luas. Maksud saya, kat tempat bekerja tuan puan berapa kerat sangat yang muda dan single, banyak yang dah old timer tetapi pandangan tuan puan akan meluas apabila berada di luar tempat kije. Contohnya adalah betapa ramai minah minah bertenggek di hentian bus, dan juga betapa ramai mat mat hati kering bermoto rxz mencari pasangan hidup. Tepuk dada tanya selera, orang yang macam mana anda mahu. Kategori ketiga adalah ketika tahap purba. Tahap purba bermaksud anda si TUA dan anda telah gagal dalam dua tahap percintaan atau anda sudah LOST! Tapi harus di ingat, percintaan tahap ketiga adalah percintaan yang agak menjengkelkan tetapi jatuh dalam kategori harus. Saya amik contoh satu pasangan paling glamer kat Malaysia iaitu Datuk S-esedap Rasa Nak Pakai Tudung dan juga Datuk K-ekacakan Bersama Misai. Seperti diketahui kategori Datuk S adalah berada dalam kategori dua iaitu pencari jodoh masa bekerja manakala Datuk K merupakan pencari jodoh dalam kategori purba. Dahulu saya tengok Datuk K, saya kasihan kat dia. Maklumlah, saya ingat dia dah tua tua dah nanyuk. Tengok muka dia je penuh dengan semut hitam di atas bibir. Ingatkan makan tak basuh mulut rupanya itulah petanda cinta Datuk S kepada Datuk K iaitu micai ncem. Hehe. Tuan puan nampak tak, jodoh kadang kadang berpaksikan material tapi jodoh jugak berlatarkan semak samun pada rupa. Jadi jangan takut hendak bercinta kerana saya pun tidak tahu apa saya merepek nie. Merepek… Merepek jugak. Tapi dalam bercinta saya berpegang kepada rumus prinsip yang terulung iaitu jika anda gagal dalam mengorat atau bercinta, gunakan lah ayat ini. “BUKAN JODOH DIA UNTUK MENDAPATKAN SAYA”. Nescaya, jika tuan puan gagal bercinta dan direjek 100x pun, tuan puan masih bisa senyum dalam tangisan kerana siapalah dia untuk mendapat cinta tuan puan. Cisss! Gud luck bruder and soster.
ps: jejaka idaman malaya now back for grab. grab fast, grab now!!!
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment












No Comments