[Mari Kita Belasah Semua]

(Orang Besar Besar Kat Malaysia Sila Bawak Teksi Tunai)
Artikel ini ditulis kali kedua. Kali pertama tulis, server down. Auto draft pun tade. Kenapa saya harus menulis tentang politik dan debat minyak walau saya tidak minat? Kerana saya lebih gemar carian miss google sahaja. Lagipun saya punya sedikit pendapat mudah yang ingin dilontarkan. Penulisan ini tiada kaitan lansung dengan peribadi seseorang sama ada anda adalah Datuk Shabeery Chik ataupun anda adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang saya dapat perolehi dari penjanaan otak bijak dan geliga adalah, kebijaksanaan otak rakyat rakyat Malaysia dalam berdemokrasi di negara Malaysia adalah ditolak secara total oleh penggunaan gula gula beracun dari kedua dua belah pihak baik sebelum pilihanraya mahupun selepas pilihanraya. Seterusnya adalah, venua di Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sesuai untuk pakar ilmiah yang mempunyai corak pemikiran semacam saya sahaja. Debate yang lain sila buat di sekolah sekolah rendah kerana kedua dua pihak tidak fokus kepada tajuk debat sebaliknya merewang sampai ke Rawang mungkin. Seterusnya adalah sedikit yang saya ambil dari penulisan a. kadir jasin sebab ia menyentuh melayu iaitu bangsa saya.
ORANG Melayu yang tahu sedikit sebanyak mengenai politik, ekonomi dan diplomasi pasti berasa sangat malu dengan kedudukan kepemimpinan negara sekarang. Hendak tidak hendak, buruk atau baik hakikatnya kepemimpinan Melayu “masih” berupa tunjang dan tonggak kepada kepemimpinan negara. (Saya sengaja menggunakan istilah “masih” kerana ia membawa maksud sementara. Mungkin selepas ini orang Melayu tidak akan lagi menjadi tunjang dan tonggak kepemimpinan negara.) Di hadapan kita, kaum-kaum lain mungkin tidak mentertawakan kita. Malah mereka terus berharap Malaysia stabil dan maju di bawah kuasa majoriti Melayu. Tetapi di belakang kita, di dalam forum-forum tertutup dan di arena antarabangsa kepemimpinan Melayu kini menjadi bahan sindiran, jenaka, ketawa dan kutukan. Betapa tidak, kepemimpinan Melayu, sama ada daripada sudut realiti atau persepsi, dilihat sebagai lemah di segi pemikiran, korup, rendah moral dan pekerti, berpecah-belah dan hipokrasi. Akibat daripada realiti dan persepsi ini, timbullah pelbagai tuduhan, tohmahan dan syak wasangka terhadap pembesar politik Melayu daripada Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri dan ketua de facto pakatan pembangkang.
Bagi saya mudah sahaja. Orang Melayu nie jumud parti takpun jumud pemimpin. Sebagai seorang islam yang mempunyai akal yang waras, bagi saya tolak sahaja pemimpin sebegini. Carilah seorang yang bersih dari sebarang skandal dan mempunyai ilmu tinggi dalam islam dan tadbir urus negara yang baik. Akhir kata Rakyat Malaysia semacam permainan KAMASUTRA, in every positions still kena FCUKED oleh jakun jakun yang konon nya pejuang BANGSA!
ps: saya mengharapkan debat antara Kuli dan Paklah dalam membincangkan ekonomi Malaysia!
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment












No Comments