Lepak Lepak Bersama Budak Selamba
Aug 24
Digg
Stumbleupon
Technorati
Delicious

Hidup Dunia, Lupakan Akhirat

[Penulis muda lagi, dan tidak menganggotai mana mana parti. Tulis sekadar ingin mendapat respon, saya salah tolong perbetulkan, saya betul oke lah tue.]

Burkina Faso, 24 Ogos. Saya (Extremist Thinker) bukan pengundi di Permatang Pauh, saya bertindak hanya sekadar pemerhati dari jauh nun di seberang laut. Saya dilahirkan di kampung, dibesarkan dalam suasana dan corak orang melayu dan pemikiran saya mungkin diluar konteks melayu setelah melalui persaingan sihat semasa menuntut ilmu peringkat tinggi jurus biotechnology bersama bangsa bangsa ternama di muka dunia. Semua yang ditulis adalah berdasarkan pendapat peribadi, dan tentunya lebih condong kepada melayu dan islam. Apa yang saya perhatikan di permatang pauh pada hari ini adalah sangat berkaitan dengan ajaran orang orang agama. Pertama, dunia akhir zaman dimana fitnah semakin berleluasa. Jika anda mengikuti perkembangan semasa, ngata mengata - ungkit mengungkit - korek mengorek semakin panas. Masing masing ingin menegakkan panji kebesaran tanpa memikirkan perpecahan ummah yang sedang berlaku. Betapa jumudnya mereka semua. Kedua, manusia masing masing mengejar harta dunia tanpa memikirkan harta akhirat. Dengan lebih jelas, umur umat nabi muhammad adalah dalam lingkungan 60-70 tahun sahaja. Kalau diperhatikan di permatang pauh, yang bertanding rata rata nya adalah remaja purba. Sendiri mau ingat lah. Kalau di kampung saya nie, umur umur senja sebegini banyak dihabiskan dengan beramal ibadah dan mengeratkan tali persaudaraan sesama islam dan sesama manusia lain je.

Ketiga undang undang dunia lebih di utamakan dan undang undang agama dipermainkan. Saya tidak merujuk kepada sesiapa tetapi kalau anda lihat diluar sana, apabila Statutory Declaration atau undang undang dunia disebarkan di portal portal berbanding muhabalah atau sumpah laknat mengikut cara islam, manusia lebih cenderung untuk percaya  Statutory Declaration dan menanggap Muhabalah atau sumpah laknat hanyalah mainan politik. Tak percaya ape saya cakap? Tengok la kat mane mane belog. Masing masing mempunyai ideologi dan prinsip yang tidak boleh disentuh. Di dalam sumpah laknat, saya tinggalkan kepada orang yang bersumpah urusan dia dengan tuhan, maka saya tidak akan mengulas. Bagi Statutory Declaration pula saya menganggap sumpah RM2 hanya permainan dunia semata mata., dan jika dia melayu dan islam mempermainkan nya, ingatlah dosa sesama manusia lagi sukar berbanding dosa dengan tuhan yang maha pengampun lagi maha mengasihani. Moralnya adalah, elakkan membuat sebarang fitnah. Keempat, ulama disepak terajang manakala pemimpin yang zalim diagungkan. Ini boleh dilihat dimana mana sahaja pada masa sekarang dan bukan di Malaysia sahaja. Tokoh tokoh agama akan diketepikan dalam apa jua hal dan akan di panggil hanya untuk merujuk sesuatu isu bagi mendapat sokongan. Ada punya pendapat? Lontarkan sahaja. Saya salah saya terima, saya betul baguslah.

ps: teringat calon AKIM, teringat Che Guevara ~ warna sama dow.
ps: mlm ini berapa ramai tengok tilawah, berapa ramai pergi ceramah, berapa ramai tengok gangstarz, berapa ramai tengok EPL, berapa ramai tengok F1 dan berapa ramai tengok penutup Olimpik? anda?


Author: Budak Baik

1 Comment(s)

Dakjaat MALAYSIA Windows Vista Internet Explorer 7.0
August 25, 2008

comment saya … diorang lebih mementingkan kedudukan parti daripada kemerdekaan negara kita .. lalalaa! ? takpe .. nnti ada gak balasan kat org cam dorang .. kita sambut merdeka tak lama lagi! yehaaa!!! ?

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: